Pada 28 Mei yang lalu, SKLJ telah mengadakan sambutan hari guru dan hari pekerja yang disertai oleh semua guru, AKP dan murid-murid SKLJ. Acara dimulakan dengan majlis perasmian oleh tuan guru besar, Encik Saging dan bacaan perutusan hari guru yang disampaikan oleh Cikgu Eddy .
Acara diteruskan dengan aktiviti sukaneka bersaing sesama rumah sukan. Guru-guru dan AKP turut serta bersama murid bermain permainan yang telah dirancang iaitu, music chair, tiup tepung dan mengisi air dalam botol. Habis lah muka masing-masing penuh dengan tepung dah rupa macam zombie dah. Pastu dah putih melepak haruslah bergambar beramai-ramai sambil buat gaya qu puteh qu puteh barulah putih.
Pada sebelah petangnya pula, diadakan perlawanan futsal guru AKP vs murid-murid.
Selepas berpenat lelah bergembira di padang, pada sebelah malamnya diadakan majlis makan malam sambil berkaraoke. Persembahan di mulakan dengan nyanyian daripada wakil murid. Kemudian peluang dibuka kepada murid-murid lain untuk membuat persembahan pada malam itu bagi menghiburkan guru-guru, AKP dan murid-murid yang lain.
Majlis tamat pada pukul 10 malam dan diakhiri dengan ucapan "THNAK YOU TEACHERS AND STAFF" daripada semua murid.